Bikesrepublic

Berita Terkini

Aprilia ketika ini telah pun selesai menjalani sesi ujian tertutup bersama Andrea Dovizioso.

Selepas membuat ujian pertama di Jerez dan seterusnya di Mugello, Dovizioso dan Aprilia kembali buat kali ketiga di Misano.

Bekas pelumba Ducati itu melengkapkan 126 lap dalam tempoh dua hari di litar Marco Simoncelli dengan menguji beberapa aspek termasuk kerangka, aerodinamik dan pembangunan elektronik bagi jentera RS-GP 2022.

Meskipun Aprilia tidak mendedahkan catatan masa pelumba Itali itu, pasukan dari Noale itu mendakwa Dovizioso merekodkan catatan yang sangat pantas di samping memperbaiki catatan masa di hari kedua.

Menurut Dovizioso sendiri, sesi ujian itu berjalan dengan cukup baik.

“Ujian kali ini cukup menarik. Menguji jentera pada tiga litar berbeza membantu dalam memahami jentera dengan lebih mendalam di samping mengenal pasti aspek yang perlu dibangunkan,” jelasnya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia Racing, Massimo Rivola mengesahkan Dovizioso sebagai sasaran utama bagi slot pelumba 2022 tetapi masih membuka ruang untuk mempertimbangkan pilihan alternatif lain. – Crash.net

Pengeluar rantai motosikal Jepun, DID, telah melancarkan produk edisi khas VR46 sebagai penghargaan kepada pelumba legenda, Valentino Rossi.

Rantai terbaru itu telah dihasilkan bagi meraikan kerjasama Rossi bersama DID yang berpengalaman luas di MotoGP.

DID VR46 ini merupakan produk berasaskan model 520/525VX2 yang mengguna pakai X-Ring sekaligus sesuai untuk kegunaan di litar lumba dan jalan raya.

Lebih menarik, rantai ini juga memaparkan lencana VR46 yang diukir dengan laser.

Sementara itu, bahagian dalam rantai menampilkan warna keemasan dan bahagian luar rantai datang dengan warna ‘stainless steel’.

DID VR46 ini datang dengan dua varian, 520 VX2/VR46 yang sesuai untuk motosikal bersesaran 125cc hingga 750cc manakala varian 525 VX/VR46 adalah untuk motosikal 400 hingga 900cc.

Rantai khas ini ditawarkan pada harga GBP93.97 (RM544).

Putera Raja Arab Saudi, Abdulaziz bin Abdullah Al Saud, berharap agar Valentino Rossi dapat sertai Luca Marini di Aramco Racing Team VR46 bagi menghadapi saingan MotoGP musim 2022.

Aramco Racing Team VR46 telah pun menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama pengeluar, Ducati.

Perjanjian itu menyaksikan VR46 bakal bersaing untuk tiga musim akan datang bersama jentera Desmosedici sekaligus melengkapkan lapan jentera Ducati di litar musim depan.

Meskipun pengumuman tersebut tidak menyebut tentang barisan pelumba yang akan diturunkan, namun Marini hampir pasti akan diumumkan sebagai salah seorang pelumba.

*Valentino Rossi

Namun, ketika satu lagi slot belum ditentukan, YM Abdulaziz bin Abdullah Al Saud – yang juga pemegang syarikt induk Tanal Entertaiment Sport & Media selaku rakan utama VR46 – berharap Rossi dapat digandingkan bersama Marini untuk beberapa tahun akan datang.

*Luca Marini

“Bagi saya sangat baik jika Valentino Rossi dapat bersaing beberapa tahun akan datang sebagai pelumba utama Aramco Racing Team VR46 kami bersama adik (tiri)nya.

“Marini telah pun beraksi musim ini dengan jenama tajaan kami, KSA New Cities, MAIC Technologies dan TANAL Entertainment Sport & Media,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa TANAL Entertainment Sport & Media dan Aramco akan mengumumkan maklumat terperinci projek bersama VR46 di MotoGP dan Moto2.

Sementara itu, status Rossi bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), dijangka akan diumumkan ketika cuti musim panas nanti. – MotoGP

Selepas berminggu spekulasi berjalan, akhirnya ARAMCO Racing VR46 sah menandatangani perjanjian bersama Ducati bagi menghadapi saingan MotoGP 2022.

Perjanjian tiga tahun itu menyaksikan pasukan VR46 milik Valentino Rossi bakal bersaing di musim pertama kelas premier bersama jentera Ducati.

Pengumuman baharu itu turut menyaksikan Pablo Nieto, Pengurus Pasukan SKY Racing Team VR46 di Moto2 dan Moto3 akan diangkat selaku pengurus pasukan di MotoGP.

Sementara itu, perjanjian tersebut turut mengesahkan jalinan kerjasama antara VR46 dan Tanal Entertainment Sport & Media serta Saudi Aramco.

VR46 turut mengikat kontrak lima tahun bersam Dorna Sports untuk beraksi di kelas premier.

Kerjasama antara VR46 dan Ducati turut disambut baik Pengarah Urusan Ducati Corse, Luigi Dall’Igna.

“Kami dengan berbesar hati mengumumkan perjanjian bersama ini untuk tiga tahun akan datang.

“Akademi VR46 sentiasa serius dalam memberi peluang kepada ramai pelumba untuk mengutip pengalaman di Moto2 dan Moto3.

“Hari ini, mereka boleh berasa bangga kerana bakal membawa tiga pelumba beraksi di MotoGP. Kami juga mahu menawarkan sokongan teknikal sebaik mungkin bagi pasukan baru ini dan sekaligus mencapai keputusan terbaik bersama,” jelasnya.

Ketika ini, hanya Luca Marini disahkan sebagai salah seorang pelumba bagi ARAMCO Racing Team VR46 musim depan.

Menurut statistik terbaru dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), lebih 150 penghantar makanan kemalangan jalan raya dari Mac hingga Jun tahun lalu.

Peningkatan sektor penghantar makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 menyumbang kepada jumlah kemalangan yang tinggi itu.

Pada masa sama, Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr Azlan Darus berkata angka itu akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Atas faktor inilah, isu pekerjaan yang berkaitan dengan keselamatan adalah penting untuk ditangani dari aspek perlindungan dan pencegahan,” jelasnya ketika sesi persidangan Keselamatan Jalan Raya Berkaitan Kerja bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, kes kemalangan sewaktu ulang alik ke tempat kerja meningkat 83 peratus dari 20,810 kes pada 2009 kepada 38,142 kes pada 2019.

Berdasarkan kajian PERKESO, 55 peratus kemalangan tersebut berlaku dalam radius 5 kilometer dari rumah ke tempat kerja. – BH

Beberapa bulan selepas melancarkan Civic generasi ke-11, Honda mendedahkan varian hatchback untuk pasaran gloal.

Varian hatchbak ini akan dipasarkan di Jepun dan beberapa pasaran Eropah lain.

Rekaan keseluruhan varian ini rata-rata mengguna pakai varian sedan namun dengan beberapa pengolahan antaranya gril depan berbentuk heksagonal.

Bahagian belakang menampilkan perubahan paling ketara bagi menyesuaikan dengan konsep ‘hatchback’ sekaligus tampak lebih kompak.

Menurut Honda, ruang belakang menawarkan keterbukaan 1.6 inci lebih lebar dari generasi Civic hatchback sebelumnya.

Menariknya, versi hatchback ini juga ditawarkan dengan transmisi manual berbanding varian sedan dan didatangkan dengan dua jenis enjin 2.0L NA 4-silinder yang menjana 158hp dan 187Nm serta 1.5L turbocharged 4-silinder yang menghasilkan 180hp dan 240Nm.

Difahamkan, Honda turut mengemaskini suspension dan stereng bagi mewujudkan pengalaman pemanduan lebih sporty berbanding versi sedan.

Sementara itu ruang dalam disajikan dengan paparan 7″ dan skrin infotainmen 7″ bagi varian LX, Sport dan EX-L manakala varian Sport Touring dilengkapi paparan 10.2″ dan skrin infotainmen 9″.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube