DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan dengan rancangan Harley-Davidson untuk melebarkan perniagaan di Johor Baharu.
Pengedar eksklusif Harley-Davidson, Didi Resources Sdn Bhd akan membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di kawasan Jalan Stulang Laut sekitar suku kedua tahun ini.
Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee telah pun mengadap Sultan Ibrahim di Istana Flintsones, Mersing bagi mempersembahkan perancangan tersebut.
Sultan Johor bertitah pembukaan Pusat 3S itu sebagai simbol kepercayaan Didi Resources dan Harley-Davidson terhadap potensi ekonomi negeri Johor.
“Dalam keadaan semasa, mereka masih mampu mengembangkan perniagaan di sini serta mempunyai ramai pengikut jenama mereka.
“Jalan Stulang Laut merupakan antara lokasi tumpuan dan saya berharap mereka juga dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kelangsungan operasi perniagaan yang kelak dapat menyuntik ekonomi Johor,” titah Baginda Tuanku Sultan.
Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat yang memiliki peminat besar di Malaysia termasuk di Johor.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai untuk menghubungi pihaknya sekiranya mengesan sebarang kerosakan jalan raya.
DBKL menerusi perkongsian di Facebook memuat naik kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin lewat malam, 6 Januari lalu.
Bagi tahu kami…
Kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin pada…
Menerusi perkongsian itu, orang awam diminta menghubungi talian WhatsApp di +601162396652 atau Pusat Panggilan Setempat DBKL di 1-800-88-3255 sekiranya mengesan jalan berlubang.
Isu jalan berlubang semakin runcing di Malaysia dengan setiap tahun terdapat kes kemalangan maut berpunca dari jalan berlubang, terbaru membabitkan warga emas berusia 75 tahun serta seorang penghantar makanan GrabFood.
Sementara itu, Brotherhood Malaysia, merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang giat memerangi isu jalan berlubang dengan membuat tampalan jalan secara sukarela dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa berpunca daripada masalah tersebut.
Jorge Martin bakal beraksi di musim pertama MotoGP dengan helmet baharu selepas menandatangani kontrak bersama pengeluar helmet dari Perancis, SHARK Helmets.
[Inside Racing] SHARK is proud to announce the arrival of a new SHARK Rider ??
The young @Jorge.Martin.Almoguera.88…
Martin bakal mengenakan helmet SHARK Race-R Pro GP FIM terbaru bagi musim 2021 bersama pasukan baharu, Pramaca Racing (Ducati) setelah beraksi cemerlang di Moto2 bersama Red Bull KTM Ajo musim lalu.
Juara dunia Moto3 2018 itu akan digandingkan bersama Johann Zarco yang turut sama memakai helmet SHARK.
Pelumba berusia 22 tahun itu sertai Zarco, Miguel Oliveira dan Iker Lecuona di MotoGP sebagai pelumba SHARK Helmets.
Martin menamatkan musim 2020 bersama KTM Ajo dengan dua kemenangan dan lapan podium sekaligus dicanang antara pelumba yang harusi diberikan perhatian bagi musim 2021.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang dirakam membuang sampah ke dalam sungai, semalam.
Rakaman berdurasi 20 saat tersebut memaparkan seorang wanita yang berada di bahagian penumpang telah keluar dari tingkap dan mencampak dua beg sampah ke dalam sungai.
Menurut JP Kelantan, membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.
Pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan manakala sabitan kedua boleh dikenakan denda tak lebih RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan.
Sementara itu, tular perkongsian di Facebook yang mengatakan pemilik kenderaan terbabit sebenarnya membuang barang saka ke dalam sungai yang mengalir susulan pulang dari rawatan perubatan tradisional.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menawarkan empat pilihan warna baharu bagi Yamaha 135 LC untuk tahun 2021.
Orang ramai boleh memilih tiga pilihan warna di antara Yamaha Blue, Fiery Red dan Metallic Cyanm namun bagi yang mahukan kelainan, HLYM menawarkan pilihan warna Stealth Gold.
Meskipun tiada perubahan harga bagi tiga warna standard yang masih kekal pada RM6,868, pilihan warna Stealth Gold ditawarkan pada harga RM7,118.
Yamaha 135 LC kekal dengan enjin 134cc satu silinder SOHC yang menjana 12hp dan 11.8Nm di samping tangki 4 liter, fork teleskopik, rim 17 inci, berat 105 kilogram.
Setiap pembelian Yamaha 135 LC 2021 akan disertakan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.
Setelah kami melaporkan Husqvarna bakal kembali ke pasaran Malaysia tahun lalu, pengedar jenama itu, Eurotech Wheels, dengan rasminya melancarkan Svartpilen serta Vitpilen untuk pasaran tempatan.
Tiga model dibawa masuk untuk pasaran Malaysia membabitkan Svartpilen 250 serta 401 dan Vitpilen 401.
Husqvarna Svartpilen 250
Dikuasakan dengan enjin 248.8cc satu silinder DOHC yang menjana 31hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,250rpm, sama yang ditawarkan KTM 250 Duke.
Model ini juga didatangkan dengan chasis serba ringan jenis ‘chromium-molybdenum-steel trellis’ di samping penggunaan fork depan WP Apex 43mm dan penyerap hentakan belakang WP Apex boleh laras (rebound).
Sistem brek dikendalikan kaliper brek radial ByBre empat piston depan dan kaliper ByBre satu piston belakang yang dipadankan dengan cakera brek 300mm (depan) dan 230mm (belakang) manakala ABS oleh Bosch 9.1MB.
Versi lebih besar ini tampil dengan enjin 373cc satu silinder yang menjana 44hp pada 9,000rpm dan 37Nm pada 7,000rpm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Tempat duduk pilion memfokuskan keselesaan dengan subframe lebih panjang manakala chasis mengguna pakai kerangka sama yang ditawarkan pada varian 250 termasuk fork WP Apex 43mm dan monoshock WP Apex.
Ciri menarik lain:
tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).
ketinggian tempat duduk 835mm
tangki 9.5L
berat kering 151kg
ABS (Bosch 9.1MB)
brek kaliper 4-piston ByBre (depan)
brek kaliper satu piston ByBre (belakang)
lampu LED penuh
Husqvarna Vitpilen 401
Husqvarna Malaysia hanya membawa masuk satu varian bagi Vitpilen dengan menawarkan model 401 untuk pasaran tempatan.
Berbanding Svartpilen, Vitpilen menawarkan ciri sebuah motosikal cafe-racer terutamanya dengan pengunaan ‘handle-bar’ jenis clip-on sekaligus memperlihatkan ergonomik tempat duduk yang berbeza.
Bagaimanapun, masih lagi bernadikan enjin sama seperti Svartpilen 401 dengan 373cc satu silinder DOCH yang menjana 44hp dan 37Nm.
Antara ciri menarik lain:
tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).
ketinggian tempat duduk 835mm
tangki 9.5L
berat kering 151kg
ABS (Bosch 9.1MB)
brek kaliper 4-piston ByBre (depan)
brek kaliper satu piston ByBre (belakang)
lampu LED penuh
Orng ramai yang berminat boleh mendapatkan Svartpilen 250, 401 dan Vitpilen 401 pada harga berikut: