Skuter ‘adventure’ Honda ADV 150 seakan hampiri pelancaran di Malaysia apabila sudah ada pengedar yang mula mengiklankan tempahan bagi motosikal terbabit.
Honda Impian X Ee Tiong Motorsports menerusi perkongsian di Facebook mula mengiklankan pra-tempahan dibuka bagi skuter 150cc tersebut.
The Long-Awaited Honda ADV 150 is coming soon! C O M I N G . S O O N ? . . Open for booking now! ? Contact our sales…
Posted by Honda Impian X Ee Tiong Motorsports on Thursday, 3 December 2020
Kami dimaklumkan pada September lalu bahawa Boon Siew Honda bercadang untuk membawa masuk skuter tersebut pada 2021 namun tiada sebarang tarikh spesifik yang didedahkan.
Bagaimanapun, sebaik laporan itu timbul, sudah ada pihak yang tidak sabar lalu membuat tempahan lebih awal.
Honda ADV 150 diperkenalkan julung kalinya di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS).
Selain Indonesia, hampir semua negara jiran menawarkan ADV 150 ini kecuali Malaysia setakat ini.
Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm.
Bernadikan enjin 150cc (yang sama terdapat pada PCX) model ini menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm.
Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.