Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebuah pasukan berpangkalan di Indonesia Pertamina Mandalika Racing Team mendakwa mereka bakal bersaing di pentas Moto2 musim depan hasil kerjasama dengan SAG Racing Team.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Mandalika Racing Team (MRT).

“Kami dengan gembiranya mengumumkan akan beraksi di Moto2 musim depan,” merupakan kapsyen yang dikongsi di laman sosial media pasukan itu.

Persoalannya, umum mengetahui SAG Team merupakan pasukan yang bersaing di Moto2 bersama penaja utama ONEXOX sekaligus pengumuman oleh pasukan Indonesia itu mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Perkara itu turut sampai ke pengetahuan Onexox selaku penaja utama Onexox TKKR SAG Team.

Sementara itu, pada masa sama, koresponden MotoGP, Simon Patterson, turut berasa bingung dengan pengumuman pasukan Indonesia itu.

“Ramai yang bertanya tentang pasukan Indonesia yang membuat dakwaan besar mengenai perancangan mereka untuk 2021.

“Setahu saya mereka tiada dalam senarai kemasukan dan saya juga tidak pernah dengar sebarang info mengenai mereka dari mana-mana pihak.

“Mereka mendakwa telah bekerjasama dengan SAG Team untuk beraksi di Moto2 sedangkan SAG telah mempunyai dua pelumba dengan penaja utama dari Malaysia,” dedah Simon dalam perkongsian di Twitter.

Hos terkenal MotoGP di Indonesa, Lucy Wiryono turut meluahkan pendapatnya mengenai pengumuman MRT.

Baginya, pasukan itu seharusnya tidak melulu dalam membuat pengumuman seperti ini meskipun tiada sebarang pengesahan lagi.

Bukan iu sahaja, terdapat juga laporan bahawa kononnya MRT akan menggantikan Kasma Daniel Kasmayudin dengan pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama.

Pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin muncul muncul sebagai pelumba dengan jumlah kemalangan tertinggi di antara semua kelas di MotoGP.

Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG Team itu jatuh 20 kali diikuti Jorge Navarro dengan 19 kemalangan serta Gabriel Rodrigo dari Moto3 dengan 18 kemalangan.

Saingan Moto2 menyaksikan sebanyak 292 kemalangan direkodkan merentasi 15 pusingan sekaligus menyaksikan kenaikan purata kemalagan ke 19.4 berbanding 18.3 musim lalu.

Sementara itu, Johann Zarco muncul pelumba MotoGP paling kerap terbabas dengan 15 kemalangan diikuti Alex Marquez dengan 14 kemalangan dan Aleix Espargaro dengan 12 kemalangan.

Ini merupakan musim kedua berturut-turut Zarco mendahului angka kemalangan selepas merekodkan 17 kemalangan bagi musim 2019.

Sementara itu, pelumba Ducati, Danilo Petrucci muncul pelumba dengan kesilapan paling rendah apabila hanya mencatat dua kemalangan diikuti Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales dengan masing-masing berkongsi empat kemalangan.

Sejumlah 722 kemalangan telah direkodkan secara keseluruhan dari kesemua kelas bagi musim 2020.

MotoGP musim 2021 akan membuka tirai menerusi sesi ujian Sepang Shakedown pada Februari depan.

Baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa Husqvarna akan kembali di Malaysia dibawah kendalian syarikat baharu.

Menurut info yang diperolehi, Husqvarna Malaysia akan melancarkan dua model baharu tahun depan menerusi Vitpilen dan Svartpilen.

Kami juga dimaklumkan bawah model yang akan dibawa masuk membabitkan varian 250 dan (mungkin) 401 sekaligus bakal merancakkan lagi pasaran motosikal di Malaysia.

*Husqvarna Vitpilen 250

Pada 2018, kami telah dimaklumkan bahawa Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 akan dilancarkan di Malaysia namun sejurus selepas itu, jenama Sweden itu terus menyepi.

*Husqvarna Svartpilen 250

Bagaimanapun, pengendali baharu Husqvarna ini dilihat akan kembali menapak jenama itu dengan lebih kukuh di Malaysia tahun depan.

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, memulakan misi suai kenal dengan pasukan dan jentera baharu dalam sesi ujian persendirian di litar Jerez.

Hafiz bakal meneruskan persaingan di Moto2 bersama pasukan baharu, NTS RW Racing GP, musim depan bergandingan dengan pelumba berusia 16 tahun, Barry Baltus.

Hafizh melakukan 71 lap manakala Baltus melakar 98 lap walaupun litar Jerez berada dalam keadaan sejuk.

“Hari ini cukup baik, bukan mudah bagi saya untuk bertukar pasukan dan chasis. Banyak aspek yang saya biasakan terlebih dahulu.

“NTS adalah pasukan baru bagi saya namun walaupun cara kerja juga berlainan tetapi saya kenal ramai orang disini jadi saya tidak berasa kekok.

“Fokus hari ini adalah mencapai keserasian dengan jentera. Kami kini akan memasuki cuti musim sejuk jadi ini akan memberi peluang kepada saya untuk kembali cergas sepenuhnya dan memperbaiki keadaan fizikal supaya kami dapat memasuki musim baharu dalam keadaan baik,” jelasnya.

Kerjasama Piaggio bersama pengeluar motosikal di China, Zongshen, menyaksikan paten terbarumemaparkan sebuah Aprilia flat tracker.

Difahamkan, paten terbaru itu telah pun difailkan pihak Zongshen-Piaggio Foshan pada Julai lalu di China National Intellectual Property Administration.

Paten tersebut dilabel sebagai Flat yang bernadikan enjin 150cc sekaligus beri bayangan ini adalah sebuah jentera berkonsepkan flat track 150cc.

Melihat kepada bahagian kerangka, model baharu ini mempunyai rekaan sama seperti yang terdapat pada Zongshen-Aprilia Cafe 150 namun dijangka bernadikan enjin yang sama terdapat pada Zongshen-Aprilia Terra 150.

Menariknya, motosikal ini juga didatangkan dengan panel yang menempatkan nombor jentera seperti sebuah flat track sejati namun, masih terdapat ruang kecil dibahagian bahawa yang dijangka menempatkan lampu jenis LED.

Zongshen-Aprilia flat track ini juga mengguna pakai tayar 19′ depan dan belakang dengan rim jenis spoke bagaimanapun penggunaan fender depan, plate holder, cermin sisi dan lampu masih lagi menampilkan ciri sebuah streetbke.

Sayangnya, model ini dijangka hanya ditawarkan untuk pasaran China sepertimana model lain di bawah payung Zongshen-Aprilia.

‘The Ultimate Machine’ dari Ducati, Superleggera V4 telah pun selamat diserahkan kepada seorang pelanggan disini.

Meskipun maklumat mengenai pembelian itu tidak didedahkan secara rasmi namun difahamkan, pembelian Ducati Superleggera V4 itu mencecah harga RM1 juta.

Penyerahan jentera itu kepada pelanggan, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin bertempat di Ducati Malaysia (Petaling Jaya) dapat disaksikan di laman sosial Instagram @sbkmalaysia_.

Menurut info, Superleggera V4 itu merupakan unit ke 210 dari 500 unit yang dihasilkan seluruh dunia.

Setiap pembelian Ducati Superleggera V4 turut membolehkan pelanggan mengalami ‘SBK Experience’ dengan menunggang Ducati Panigale V4 R (spec WorldSBK) di litar Mugello, Itali.

Bukan itu sahaja, daripada 500 pemilik Superleggera V4, 30 yang terpilih akan mendapat peluang alami ‘MotoGP Experience’ dengan menunggang jentera Ducati Desmosedici GP20 di litar bersama pelumba Ducati antaranya Jack Miller, Francesco Bagnaia, atau Johann Zarco.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube