Bikesrepublic

Berita Terkini

Motosikal naked sport, Yamaha MT-09 akan dinaik taraf bagi 2021 dengan pertambahan sesaran enjin serta kenaikan kuasa.

Kemaskini tersebut dilaksanakan bagi mematuhi piawaian Euro5 yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2021 sekaligus menyaksikan semua pengeluar motosikal perlu melaksanakan perubahan.

Menurut dokumen daripada Federal Motor Transport Authority (KBA), sesaran enjin MT-09 akan dibesarkan dari 847cc kepada 890cc.

Secara tidak langsung, enjin baharu tersebut turut akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi, 120hp berbanding 114hp pada model sedia ada.

Enjin Euro5 itu juga akan menghasilkan emisi yang lebih sebagai syarat mematuhi piawaian Euro5.

Pada masa sama, dijangka pelaksanaan tersebut turut akan dilakukan pada model Yamaha lain antaranya Tracer 900, Tracer 900 GT, XSR 900 and Niken.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing dalam usaha mengasah bakat muda negara di antara umur 14 hingga 20 tahun.

Memfokuskan pada pelumba yang sedang transisi daripada perlumbaan go-kart kepada perlumbaan kereta saloon, program ini telah pun merekrut enam bakat baharu yang akan menerima latihan sebelum diberi peluang beraksi di Musim 4, Toyota Vios Challenge.

Enam pelumba tersebut merangkumi Mika Hakimi dan Amer Harris (17 tahun), Naquib Azlan (20 tahun), Jwan Hii (18 tahun), Putera Adam (14 tahun) dan Troy Eimann (16 tahun).

Menurut Ketua Pegawai Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, menyifatkan Toyota Vios Challenge tak pernah gagal mencuri perhatian pelumba muda.

“Antara kejayaan utama Toyota Vios Challenge adalah bukan sahaja menarik pelumba muda malah memberi mereka peluang untuk beraksi di samping pelumba berpengalaman.

“Ketika Musim 3 Toyota Vios Challenge, kami sedar terdapat banyak penyertaan daripada pelumba muda sekaligus menjadikan perlumbaan ini platform terbaik dalam mengasah bakat.

“Kejayaan Hayden Haikal – yang baru berusia 16 tahun – untuk menjuarai kategori Sporting Class sementara Bradley Benedict Anthony, 18 tahun, yang mendapat tempat kedua mengesahkan perkara itu,” jelasnya.

Sementara itu, Takeyama menjelaskan semua enam pelumba akan menjalani latihan intensif di dalam dan luar litar dengan pemantauan rapi tenaga pengajar di Sekolah Gazoo Racing bermula bulan ini.

Para peserta juga perlu memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen pertandingan kebangsaan oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Selepas beberapa bulan pelbagai khabar angin bertiup dengan beberapa imej intipan dikongsi, akhirnya QJMotor memperkenalkan SRT 750 dan SRG 600.

Meskipun diberi nama QJMotor SRT 750 namun jentera tersebut akan dijenamakan semula sebagai Benelli TRK800 dengan enjin yang lebih besar untuk pasaran global.

QJ Motor SRK 750 akan dijenamakan sebagai TRK800 bagi pasaran global.

QJMotor SRT 750 ini mengguna pakai enjin parallel-twin sama seperti yang terdapat pada Benelli 752S dan Leoncino 800.

Meskipun tidak dijelaskan bila TRK800 ini akan dipasarkan secara global namun dijangka tahun 2021 adalah sasaran utama QJMotor-Benelli.

QJ Motor SRG 600

Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah jentera sportsbike, SRG 600.

Meskipun bernadikan enjin 600cc namun jentera ini tidaklah setaraf Yamaha R6, Honda CBR600R mahupun Kawasaki ZX-6 apabila hanya menawarkan 80hp pada 11,00rpm daripada enjin empat silinder.

QJ Motor SRK 350

Bukan itu sahaja, QJ Motor turut memperkenalkan SRV 500 2021 (Benelli 502C) dan SRK 350 yang dijangka akan turut dijenamakan sebagai Benelli 302S.

QJ Motor SRV 500

Ketika ini, tiada pengesahan sama ada model baharu ini akan dipasarakan di Malaysia namun kami akan kongsikan sebarang info tambahan sekiranya terdapat kemaskini baharu!

Penyandang juara ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Onexox TKKR SAG Team menawarkan dua unit BMW S 1000 RR kepada orang ramai.

Dua unit tersebut yang merupakan jentera yang menyumbang kejuaraan ASB1000 menerusi Azlan Shah Kamaruzaman ditawarkan dengan harga sekitar RM95 ribu.

Sumber: Onexox TKKR SAG Team

Onexoxo TKKR SAG Team memuat naik iklan penjualan kedua-dua jentera terbabit menerusi laman Facebook.

https://www.facebook.com/tkkrmotorsport/posts/3365638960192587

Berdasarkan info yang dikongsikan, jentera tersebut merupakan BMW S 1000 RR K46 Superstock ARRC Champion Race Bike dengan masing-masing hanya merekodkan 662km dan 532km perbatuan.

Ditawarkan dalam bentuk ‘race ready’ kedua-dua jentera didatangkan pelbagai ciri dan sistem khas untuk perlumbaan antaranya:

  • enjin BMW Motorrad Motorsport Type 5.2 FIM Superstock
  • Talio Race Radiator Kit
  • SC Project Race Lightweight Titanium Exhaust
  • aR Samco Hoses
  • aR Lightweight Clutch Hab

Jentera ditawarkan itu turut didatangkan dengan pakej ‘suspension’ lengkap dari Ohlins antaranya Ohlins TTX 25 Cartridge kit, Ohlis Fork Springs, Ohlis Steering Damper, dan Ohlis TTX GP Shock.

Sumber: Onexox TKKR SAG Team

Manakala sistem brek Brembo merangkumi RCS19 Master Pump, pad brek Brembo dan cakera brek perlumbaan Brembo.

Menurut Onexox TKKR SAG Team, latihan khas turut ditawarkan kepada juruteknik di Alpha Racing dengan caj tambahan.

Bukan itu sahaja, satu unit enjin gantian BMW Motorrad Motorsport Type 5.2 juga boleh dibeli secara berasingan.

Suzuki Malaysia kembali di Malaysia setelah lebih sebulan lalu mengumumkan penutupan operasi.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman sosial Suzuki Malaysia.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3834228589955640

Berdasarkan pengumuman di media sosial hampir pasti pengambil alihan itu akan berlaku namun maklumat lebih terperinci akan dikeluarkan pihak Suzuki Malaysia dan KMSB yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, terdapat ura-ura kuat mengatakan Suzuki Malaysia bakal diambil alih Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dan pengumuman di media sosial ini sedikit sebanyak beri bayangan ada benarnya khabar angin terbabit.

Persoalannya, dengan kembalinya Suzuki Malaysia adakah orang ramai boleh menjangkakan kembalinya jentera kapcai Suzuki yang sebelum ini cukup popular di samping kemunculan jentera ‘flagship’ baharu antaranya VStrom 1050 2020?

BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan jentera sulung dengan lencana ‘M’ menerusi BMW M 1000 RR.

BMW M 1000 RR ini merupakan jentera yang telah dipertingkat daripada model asas, S 1000 RR 2020.

Rekaan keseluruhan masih lagi menampilkan BMW S 1000 RR namun dengan ciri tambahan antaranya ‘winglet’ yang diperbuat daripada gentian karbon.

Winglet tersebut yang juga didapati pada Ducati V4S 2020, membantu menghasilkan ‘downforce’ yang lebih tinggi sekaligus mengurangkan berlakunya ‘wheelie’ dan meningkatkan ‘traction control’ jentera.

BMW M 1000 RR ini dilengkapi dengan enjin 999cc 4-inline dengan penyejukan cecair dan teknologi ShiftCam seperti yang terdapat pada S 1000 RR.

Bagaimanapun, BMW telah menyuntik penggunaan Mahle ‘forged two-rings piston’ yang diperkuat dengan dua ‘crossbars’ tambahan yang 11 gram lebih ringan . berbanding yang terdapat pada S 1000 RR.

Bukan itu sahaja, BMW turut mengguna pakai titanium con-rods yang dibekalkan Pankl menggantikan ‘tempered steel con-rods’ pada S 1000 RR sekaligus meningkatkan RPM enjin dari 14,6000 kepada 15,100.

Bagi meningkatkan lagi prestasi dan tahap efisien enjin, M 1000 RR ini juga dilengkapi dengan corong kemasukan udara boleh ubah dengan bantuan servomotor yang berkemampuan mengubah saiz corong sewaktu kelajuan tinggi.

Menurut BMW, hasil naik taraf ini menyaksikan M 1000 RR kini menawarkan 212hp pada 14,500rpm dan 112Nm pada 11,000rpm.

BMW turut mendakwa terdapat peningkatan tork yang ketara dari 6,100rpm kepada 9,500rpm.

Pada masa sama, BMW M 1000 RR ini juga didatangkan dengan ekzos titanium yang menggunakan dua ‘catalytic converters’ tiga arah dan didakwa hanya seberat 7kg berbanding 11kg yang terdapat pada S 1000 RR.

Empat mod tunggangan ditawarkan kepada penunggang menerusi Raid, Road, Dynamic dan Race namun BMW turut menawarkan tiga mod Race Pro boleh laras mengikut cita rasa.

Sementara itu, fork USD 45mm depan masih sama seperti yang terdapat pada S 1000 RR namun dengan penggunaan bahan – solid aluminium – yang lebih ringan.

Sistem brek dengan teknologi WSBK turut diguna pakai menerusi kaliper brek M yang dibekalkan oleh Nissin namun telah dimodifikasi bagi menawarkan prestasi lebih efisien dan ringan.

Kaliper ini dipasangkan dengan cakera brek 320mm yang sedikit tebal berbanding pada S 1000 RR dengan dua jenis pad brek ditawarkan BMW bagi kegunaan di jalan raya dan litar.

Seperti biasa, BMW menawarkan tiga pakej berbeza bagi M 1000 RR menerusi pakej M, M Competition dan M karbon dan didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja, Light White dengan rekaan grafik M Motorsport.

Setakat ini, BMW masih belum mengumumkan harga rasmi bagi jentera ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube