Umum mengetahui trend berbasikal semakin hangat di Malaysia, ada yang berbasikal di kawasan perumahan, taman dan laluan motosikal.
Bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk membuat kayuhan di lebuhraya sekaligus mengundang rasa tidak puas hati pengguna jalan raya dan netizen.
Laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis telah memuat naik dua gambar yang memaparkan sekumpulan individu berbasikal di lebuhraya.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dengan rata-rata mengecam tindakan mereka yang dianggap tidak saya nyawa dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Gambar tesebut memaparkan beberapa individu mengenakan pemakaian jaket jenis hi-vis bagi kelihatan lebih jelas oleh pengguna jalan raya lain ketika membuat kayuhan.
Ada juga yang menyamakan mereka yang berbasikal ini dengan geng basikal lajak kerana meskipun berlainan peringkat umur namun kedua-duanya tetap membahayakan nyawa termasuk pengguna jalan raya lain apabila melakukan aktiviti di lebuhraya.
Jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruangan komen!
Perhimpunan Motosikal Sturgis, telah dilabel sebagai ‘super-spreader’ apabila kajian mendapati acara itu telah menyumbang lebih 19 peratus daripada kes positif yang direkodkan minggu lalu.
Meskipun angka kes positif Covid-19 mencecah 6.7 juta di Amerika Syarikat namun perhimpunan yang memasuki ulang tahun ke-80 itu terus berjalan seperti biasa.
Media tempatan melaporkan acara tahun ini berlangsung lebih meriah dengan majoriti yang terlibat langsung tidak mempraktikan pemakaian topeng muka dan penjagaan jarak.
Ada sebuah bar turut mengadakan pertandingan bersin bagi membuktikan Covi-19 bahaya seperti yang disangkakan.
Bagaimanapun, kajian baharu yang dijalankan mendapati acara itu kini menjadi penyumbang kepada lebih 250,000 kes positif baharu Covid-19.
Kajian oleh Universiti San Diego itu turut mendapati perhimpunan tersebut menyebabkan kerajaan perlu membelanjakan lebih USD12 bilion untuk kos rawatan dan pemeriksaan.
Difahamkan, para penyelidik dari universiti berkenaan telah mengesan lokasi individu yang menyertai Sturgis 2020 serta destinasi yang dituju kemudian menjalankan siasatan kes Covid-19 di setiap lokasi individu tersebut telah pergi.
Keputusan kajian mendapati kawasan yang terdapat individu menghadiri Sturgis telah mempamerkan peningkatan kes Covid-19 lebih 10 peratus.
Pelumba muda, Enea Bastianini sah bakal sertai pasukan satelit, Avintia Ducati bagi musim 2021.
Bastianini yang ketika ini sedang beraksi di Moto2 akan menggantikan Johann Zarco yang akan berhijrah sama ada ke Ducati atau Pramac.
Meskipuun pelumba berusia 22 tahun itu enggan mengakui perkara itu namun pengendali Avintia, Ruben Xaus mengesahkan Bastianini bakal sertai pasukan itu musim depan.
“Saya telah menandatangani kontrak bersama Ducati namun saya tidak pasti untuk pasukan mana, saya akan mengesahkan perkara ini minggu depan,” jelas Bastianini.
Bagaimanapun, difahamkan sesetengah pihak berasa terkilan peluang itu diberikan kepada Bastianini berbanding Luca Marini dari pasukan Sky VR46.
Namun, Zarco sendiri meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Bastianini di Moto2.
“Sememangnya satu tindakan yang positif bagi Ducati membawa pelumba Moto2 ke Avintia. Saya sendiri kagum dengan kejayaan Bastianini di Moto2,” akui Zarco.
Sementara itu, senario ini menunjukkan pertalian Ducati dan Avintia semakin erat apatah lagi setelah pasukan itu diangkat sebagai satelit Ducati setelah mendapatkan khidmat Zarco.
Bastianini kini memasuki musim keduanya di Moto2 dan telah pun merekodkan kemenangan di Jerez dan Brno.
TREVO menyediakan Bantuan Kewangan RM200 kepada 10,000 hos baharu yang merupakan sebahagian daripada Fasa 1 pelaksanaan Proof of Concept (POC).
Pelaksanaan POC ini yang berlangsung dari Ogos 2020 hingga Ogos 2021 dapat dijalankan hasil suntikan dana RM2 juta.
Inisiatif Fasa 1 ini adalah bertujuan untuk membuktikan keberkesanan perkongsian kereta P2P di samping menggalakkan orang ramai untuk terlibat dengan POC ini.
Sementara itu, pengumuman Bantuan Kewangan RM200 ini dirasmikan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong bersama Pengarah Urusan TREVO, Susan Teoh.
Seramai 10,000 hos akan menerima bantuan ini di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dengan syarat kereta hos boleh didapati lebih 14 hari setiap bulan.
Pendaftaran sebagai hos dibuka kepada rakyat Malaysia yang memiliki kereta berusia tak lebih 12 tahun.
Sementara itu, Susan Teoh meluahkan rasa teruja dengan kerjasama kerajaan dalam memastikan kelangsungan perkongsian kereta P2P.
“Menerusi pelaburan ini, TREVO teruja kerana dapat bersama-sama kerajaan dalam memperkenalkan kelebihan perkongsian kereta P2P kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Selain daripada inisiatif RM200 ini kami mahu membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menukar aset mereka kepada medium penjana pendapatan terutamanya dalam membantu menghadapi tahun 2020 yang penuh dugaan ini,” jelasnya.
TREVO merupakan platform yang menghubungkan pengguna dan pemilik kereta dengan membenarkan pengguna menggunakan kereta lantas menjana pendapatan tambahan kepada pemilik.
Dalam perkembangan sama, Dr Wee Ka Siong menggesa agar lebih ramai pemilik kereta melibatkan diri dengan TREVO.
Pelumba Petronas SRT, Franco Morbidelli, merekodkan kemenangan sulung di kelas premier MotoGP apabila mengungguli Litar Misano, hari ini.
Pelumba Itali itu, yang memualakan aksi di petak ke-2 bingkas merampas kedudukan pertama sebaik perlumbaan bermula dan mengekalkan dominasi sehingga ke lap terakhir dengan catatan masa 42 minit 02.272 saat.
Ini merupakan kejayaan pertama Morbidelli dalam kelas premier dalam tahun keduanya bersama Petronas SRT.
Sementara itu, wakil Pramac Ducati, Francesco Bagnaia yang terlepas beberapa pusingan ekoran kecederaan menampilkan tunggangan mantap untuk menduduki tempat kedua dengan catatan masa 42′ 04.489s.
Bagnaia yang bermula di petak ke-6 gagal mempertahankan kedudukan sebaik perlumbaan bermula namun kembali memintas satu demi satu pelumba termasuk rakan sepasukan Jack Miller untuk menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga jadi milik wakil Suzuki Ecstar, Joan Mir, yang berjaya memintas Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) ketika di lap terakhir.
Sementara itu, Fabio Quartararo hilang status selaku pendahulu kejuaraan apabila gagal menamatkan perlumbaan setelah dua kali mengalami kemalangan di Turn 4 dan Turn 6.
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso kini mendahului kejuaraan dengan 76 mata – 1 mata dihadapan Quartararo – manakala Miller ketiga dengan 63 mata diikuti Mir dengan 60 mata.
Menariknya, Valentino Rossi yang suatu ketika berada di kedudukan kedua, boleh meluahkan rasa bangga apabila menyaksikan bekas protege Akademi Rider VR46, Morbidelli dan Bagnaia melengkapkan podium satu dua.
Umum mengetahui selain daripada pelancaran Yamaha MT-25 di Sofitel Damansara malam tadi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut perkenalkan (previu) Yamaha MT-15.
Meskipun hanya boleh didapati di pasaran bermula November nanti (termasuk harga), Yamaha MT-15 dijangka menarik lebih ramai pembeli di Malaysia terutamanya mereka yang merupakan peminat dan bekas pemilik FZ150i.
Sejak HLYM menghentikan pengeluaran FZ150i, rata-rata peminat motosikal itu kecewa tatkala tiada lagi jentera jenis ‘naked’ bersesaran 150cc ditawarkan di Malaysia.
Berdasarkan pengamatan, pelanggan mengalih perhatian kepada jenama lain antaranya Modenas Pulsar NS200 dan NS200 ABS yang turut sama menawarkan rekaan motosikal ‘naked’.
Bagaimanapun, orang ramai kini boleh kembali gembira apabila HLYM akan mula menjual Yamaha MT-15 bermula November ini!
Yamaha MT-15 meneruskan legasi FZ150i namun dengan segala ciri moden dan terkini di samping membawa DNA ‘Monster of Torque’ yang terdapat pada abang besar, MT-10, MT-09 dan MT-07.
Membawa ciri ‘naked’, MT-15 menawarkan fork berwarna emas (tidak terdapat pada MT-25), dengan rekaan lampu depan (LED) seakaan MT-09 berbanding MT-25 yang memiliki bentuk lampu lebih tirus.
Bentuk ‘ekor’ belakang juga mengekalkan rekaan sporty dengan penggunaan lampu LED sesuai dengan elemen ‘naked’ yang diketengahkan.
Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 18.5hp pada 10,000rpm dan 13.9Nm pada 8,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.
Sistem keselamatan utama pula terdiri dengan penggunaan Anti-lock Brake System (ABS) satu saluran (single-channel) dan High-Performance Variable Valves Actuation (VVA) dan Assist dan Slipper Clutch.
Penggunaan chassis jenis Deltabox seperti yang terdapat pada R-15 juga menjaminkan tunggangan lebih cekap dan selesa.
Antara ciri lain ditawarkan:
tangki 10L
tinggi tempat duduk 810mm
berat 138kg
tayar (radial) depan 100/80-17
tayar (radial) belakang 140/70-17
cakera brek depan 282mm
cakera brek belakang 220mm
HLYM menawarkan dua warna pilihan bagi MT-15, Ice Fluo dan Yamaha Blue sementara harga rasmi akan diumumkan November nanti.