Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Malaysia perkenalkan buat julung kalinya BMW X3 M Competition dan X4 M Competition di Secret Garage @ M Town, hari ini.

BMW X3 M COMPETITION

BMW X3 M Competition dan X4 M Competition mengembangkan lagi portfolio BMW X bagi segmen Sports Activity Vehicles (SAV) dan Sports Activity Coupe (SAC).

Kedua-dua model ini didatangkan dengan enjin 3.0L M TwinPower Turbo straight-six yang menawarkan 510hp dan 600Nm pada 2,600 – 5,950rpm dan membolehkan pencapaian kelajuan maksima sekitar 250km/j dan 0-100km dalam 4.1 saat.

BMW X4 M COMPETITION

Kuasa kemudiannya disalurkan menerusi penggunaan transmisi 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic dengan tiga mod pemanduan ditawarkan, ‘Efficient’, ‘Sport’ dan ‘Sport Plus’.

Bahagian chasis turut ddipertingkat dengan komponen spesifik-M yang bukan hanya meningkatkan prestasi malah kawalan dan dinamik keseluruhan jentera.

Ruang dalam X3 M dan X4 M Competition memfokuskan kepada keselesaan dengan suasana kokpit ikonik M yang diperlihatkan di bahagian entry sills, stering, butang M Drive dan butang Start/Stop.

BMW X3 M Competition ini turut menawarkan ruang letak barang yang luas dengan kapasiti 550L yang boleh meningkat kepada 1,600L sementara X4 M Competition menawarkan 1,430L – dari 525L – jika kerusi belakang dilipat.

Kedua-dua model didatangkan dengan pelbagai ciri inovasi tinggi antaranya:

  • Head-Up Display
  • Parking Assistant Plus – Surround View dan Remote 3D Service
  • Skrin Kawaln 10.25 inci
  • BMW Gesture COntrol
  • BMW ConnectedDrive
  • Driving Assistant Plus
  • Parking Assistant Plus
  • Comfort Access
  • Sistem bunyi dari Harman Kardon dengan kuasa amp 600W

Bagi yang berminat, BMW Malaysia menawarkan enam pilihan warna yang merangkumi Alpine White, Black Sapphire, Donington Grey, Phytonic Blue, Sophisto Grey dan terbaru, Toronto Red.

BMW X3 M dan X4 M Competition boleh didapati di seluruh pengedar BMW bermula 14 Ogos ini dengan harga berikut:

BMW X3 M Competition : RM886,551.58
BMW X4 M Competition : RM904, 276.60

BMW Malaysia melancarkan M8 Coupe dan M8 Gran Coupe di Secret Garage @ M Town, hari ini.

Kedua-dua model tersebut merupakah ahli terbaru dalam keluarga jentera berprestasi tinggi segmen kereta mewah BMW.

BMW M8 Coupe

BMW M8 Coupe merupakan model yang julung kali diperkenalkan dalam varian 8 Series yang dilengkapi dengan enjin paling berkuasa – 4.4L V8 dengan teknologi TwinPower – yang menawarkan 600hp dan 750Nm pada 1,800 – 5,600rpm.

BMW M8 Gran Coupe

Enjin diberi nama S63 ini merupakan paling berkuasa pernah dihasilkan BMW dan mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.3 saat dan mencatat kelajuan maksima 250km/j.

BMW M8 Gran Coupe

BMW M8 Coupe turut menawarkan 10.4L bagi setiap 100km manakala M8 Gran Coupe menawarkan penjimatan lebih baik dengan 10.7L bagi setiap 100km.

BMW M8 Coupe

Kedua-dua model didatangkan dengan tiga mod pemanduan daripada unit V8 tersebut menerusi ‘Efficient’, ‘Sport’dan ‘Sport Plus’.

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic yang mudah dioperasikan melalui gear selector atau secara manual menggunakan paddel di belakang stereng.

Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan dan unik, M8 Coupe dan Gran Coupe disertakan dengan Sound Control yang bertujuan mengawal bunyi dihasilkan sistem ekzos M Sport.

Pemanduan juga boleh dilaras mengikut cita rasa pemandu; dari 4WD kepada 4WD mod Sport, atau 2WD (rear-wheel-drive) untuk kegunaan di litar lumba.

Ruang dalam juga boleh dilaras secara elektronik dengan tetapan tempat duduk disertakan dengan Memory function bagi memudahkan pelarasan dilakukan.

Tempat duduk belakang juga menawarkan keselesaan dengan kemasan kulit Merino didatangkan secara standard.

BMW M8 Coupe menawarkan ruang letak barang berkapasiti 420L sementara Gran Coupe, 440L.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • BMW Operating System 7.0 dengan skrin 12.3 inci
  • Control Display 10.25inci resolusi tinggi
  • Actie Cruise Control dengan fungsi Stop&Go
  • Driving Assistant Profesional
  • Parking Assistant Plus
  • Lane Keeping Assistant
  • Lane Change Assistant
  • Crossing-traffic Warning dan Reverse Assistant

Manakala BMW ConnectedDrive menawarkan servis berkualiti menerusi Connected Package Profesional yang merangkumi Remote Services, Teleservices, Intelligent Emergency Call, Apple CarPlay dan Concierge Service.

Tujuh warna ditawarkan bagi kedua-dua varian antaranya Alpine White, Brands Hatch Grey, Marina Bay Blue, Motegi Red, Black Sapphire, Donington Grey dan Barcelona Blue.

Bagaimanapun, bagi yang mengejar perbezaan, terdapat satu unit eksklusif BMW M8 dengan pilihan warna Individual Frozen Bluestone yang boleh dimiliki dengan harga tambahan RM30,000.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua model ini pada harga berikut:

BMW M8 Coupe : RM 1,452, 960. 88
BMW M8 Gran Coupe : RM 1,455, 145.25

Honda Malaysia mengumumkan mula menerima tempahan untuk Honda City serba baharu di seluruh 101 pusat pengedar rasmi Honda seluruh negara.

Honda City Generasi ke-5 yang didatangkan dengan empat varian ini dijangka akan merevolusikan kereta segmen B dengan rekaan moden, pecutan mantap di samping ciri pemanduan yang lebih maju.

Menurut Honda, City RS dengan intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) akan turut diperkenalkan dalam Suku ke-4 tahun ini.

Sementara itu, varian RS merujuk kepada Road Sailing yang didatangkan dengan pengayaan lebih sporty dan menonjol dengan beberapa kombinasi serba baharu.

Julung kalinya di Malaysia, City RS akan dikuasakan dengan i-MMD – sistem yang dikenali dunia sebagai e:HEV – yang akan memacu generasi baharu teknologi hibrid Honda yang mengutamakan alam sekitar tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan.

Motor ini menawarkan kuasa elektrik yang lebih efisien termasuk responsif lebih lancar.

Meskipun i-MMD telah pun diperkenalkan ke model Honda yang lebih premium namun para jurutera di Honda R&D telah berjaya menghasilkan platform yang lebih kompak bagi dimuatkan ke dalam kenderaan yang lebih kecil.

Senario ini sekaligus menyaksikan City RS dengan i-MMD menawarkan 253Nm, tork yang lebih baik dari kenderaan Segmen-C dan setaraf Segmen-D atau enjin 2.5L.

Pada masa sama, Honda City serba baharu ini juga didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC.

City serba baharu juga akan didatangkan dengan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Honda LaneWatch (varian RS dan V)
  • Electric Parking Brake (varian RS)
  • Lampu LED baharu dengan DRL (varian RS dan V)
  • Rim aluminium dua tona 16 inci (varian RS dan V)

Sementara itu, selaras dengan pengecualian cukai jualan PENJANA oleh kerajaan, Honda Malaysia tuurt menawarkan baucar servis RM1,000 di bawah program tempahan awal City serba baharu.

Dalam usaha mempertingkatkan kualiti servis dan selepas jualan, MODENAS kini menawarkan perkhidmatan bergerak (mobile service) dari pintu ke pintu bagi semua motosikal dibawah jenama itu.

Inisiatif ini telah pun berjalan sejak 8 Ogos lalu sempena dengan Ulang Tahun Ke-25 MODENAS.

Menerusi perkhidmatan ini, orang ramai tidak perlu berpusu ke pusat servis MODENAS bagi proses selenggara dan servis sebaliknya mekanik bertauliah MODENAS akan dihantar terus ke pelanggan (dalam jarak 15 kilometer dari pusat servis).

Orang ramai terutamanya di sekitar Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang yang berminat dengan perkhidmatan baharu ini boleh KLIK SINI untuk membuat tempahan atau hubungi nombor berikut:

  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak: 044668117
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang: 044668199

Antara perkhidmatan ditawarkan adalah:

Sementara itu, caj dikenakan adalah mengikut jenis penyelenggaraan termasuk RM10 bayaran caj perkhidmatan.

Awal tahun ini, Zhejiang Qianjiang Motorcycle (QJ Motor) selaku pemilik jenama Benelli mendedahkan bakal memperkenalkan TRK 800 dalam sesi penyampaian tahunan syarikat itu.

Kemudian, QJ Motor didapati sedang rancak melakukan ujian terhadap sebuah motosikal adventure yang diberi nama SRB 750 berdasarkan rakaman video yang telah dimuat naik.

QJ SRB 750 ini mengguna pakai enjin 754cc 2-silinder dengan penyejukan cecair yang sama ditawarkan pada Benelli 752S termasuk Benelli Leoncino 800 2020.

Bagaimanapun, video tersebut menampakkan sebuah jentera adventure dengan ‘baju’ QJ Motor berbanding Benelli.

Sehinggalah media permotoran Itali, Motociclismo, berkongsi beberapa foto ‘spyshot’ yang memaparkan TRK 800 menjalani ujian jalan raya, bulan lalu sekaligus mengesahkan teori bahawa SRB 750 merupakan TRK 800 yang ditunggu-tunggu.

Sumber imej: Motociclismo

Persoalannya dengan ujian kerap dijalankan QJ/Benelli, mungkinkah TRK 800 akan dilancarkan seawal hujung tahun ini?

Meskipun Kawasaki Indonesia baharu sahaja melancarkan ZX-25R bulan lalu namun sudah ada ura-ura terdapat versi naked yang akan diperkenalkan.

Perkara itu didedahkan rakan media di Indonesia, Iwanbanaran.com yang melaporkan terdapat imej sebuah jentera naked Kawasaki yang didakwa Z-25R tular di negara jiran itu.

Siapa yang tidak teruja sekiranya enjin 250cc 4-silinder itu akan diperkenalkan dalam varian Z.

Merujuk kepada imej yang dikongsi, Z-25R ini didatangkan dengan fork USD SSF BP Showa di samping kaliper brek 4-piston di bahagian depan.

Bagaimanapun, Iwanbanaran mendedahkan gambar tersebut hanyalah perkongsian imej ‘render’ oleh Julak Sendie Design di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CDSdSIbpCxi/?utm_source=ig_web_copy_link

Meskipun hanya sebagai imej ‘render’ namun mungkin perkara ini mungkin akan menarik perhatian Kawasaki untuk mempertimbangkan model seterusnya yang akan mengguna pakai platform enjin sama bagi varian naked. – Iwanbanaran

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube