Bikesrepublic

Berita Terkini

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu kereta atau menunggang motosikal merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kompaun RM300.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook, mana-mana individu yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu akan dihadapkan terus ke mahkamah.

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/3451088151568134

Ini kerana, bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Pelaku juga akan berdepan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan pertama manakala sabitan kali kedua akan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

MotoGP mengumumkan Litar Portimao, Portugal menjadi venue pusingan akhir aksi MotoGP musim 2020.

Desas-desus mengenai Portugal menjadi tuan rumah pusingan akhir musim 2020 mula bertiup minggu lalu.

Perkara itu bagaimanapun disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas yang akan menganjurkan perlumbaan tersebut pada 20 hingga 22 November ini.

“Kami dengan bangganya mengumumkan MotoGP akan kembali ke negara saya (Portugal) lapan tahun selepas penganjuran terakhir di Litar Estoril pada Mei 2012.

“Saya mahu berterima kasih kepada Dorna, Autodromo Internacional do Algarve dan Persekutuan Motosikal Portugal kerana berjaya mencapai syarat untuk menjadikan Portugal venue perlumbaan akhir MotoGP musim 2020,” jelasnya.

Ini merupakan kali pertama kejuaraan MotoGP kembali ke Portugal sejak 2012.

Litar Portimao menghadirkan pengalaman unik bagi pelumba tatkala menawarkan permukaan seakan naik dan turun bukit susulan susun atur yang ‘old-school’.

Portimao telah berada dalam senarai simpanan MotoGP sejak 2017 dan telah pun menjadi tuan rumah WorlSBK sejak 2008 sekaligus menjadikan venue ini sesuai untuk perlumbaan MotoGP.

Ketika pengeluar lain sekadar melaksanakan kemas kini terhadap bahagian enjin bagi mematuhi piawaian Euro 5, KTM menggunakan peluang ini untuk melakukan pembaharuan lebih drastik terhadap model RC 390.

Berdasarkan imej intipan yang dimuat naik Motorradmagazin, KTM jelas telah melakukan perubahan ketara terhadap RC 390 ini yang didapati sedang menjalani ujian jalan raya.

https://www.facebook.com/Motorradmagazin/photos/a.162987263712139/3563597623651069/?type=3&theater

Rekaan lampu depan ternyata berbeza dengan model sebelumnya namun memberikan aura menyamai CFMOTO 650 MT, syarikat motosikal China yang memiliki kerjasama rapat dengan KTM.

Meskipun tiada makumat rasmi mengenai spesifikasi ditawarkan model 2021 ini namun dijangkakan selain daripada mematuhi piawain Euro 5, KTM RC 390 ini juga menawarkan enjin dan kuasa sama seperti model sebelumnya.

Bagaimanapun, tanggapan pertama kami rekaan model baharu ini tidak secantik model sebelumnya namun mungkin pandangan kami berubah selepas model ini dilancarkan untuk pasaran dunia tahun depan.

Garelli merupakan syarikat motosikal yang ditubuhkan seawal 1919 dan terkenal dengan penghasilkan motosikal bersesaran kecil dan skuter.

Bagaimanapun, Garelli terpaksa gulung tikar pada 1987 sebelum dihidupkan semula pada 2019 sebagai pengeluar motosikal elektrik, 100 tahun selepas ditubuhkan.

Garelli Ciclone E4 merupakan tawaran baharu daripada syarikat itu yang dikemaskini daripada model sebelumnya.

Ciclone E4 menawarkan 4kw dan 160Nm berbanding model sebelumnya Ciclone yang hanya menghasilkan 4kW.

Kelajuan maksima turut dipertingkat daripada 45km/j kepada 70km/j – peningkatan sama yang dilaksanakan Vespa terhadap skuter elektriknya tahun lepas.

Model ini turut menawarkan fork USD dan penyerap hentakan mono di samping tempat duduk pillion.

Garelli Ciclone E4 ini juga boleh dipasang dengan tayar knobby bagi membenarkan penunggang menikmati tunggangan off-road.

Model ini ditawarkan pada harga USD5,300 (RM22,262) dan ketika ini hanya dipasarkan sekitar Eropah.

Demikian kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer pada Februari 2017 ketika temu bual bersama Speedweek.

Ketika itu, kenyataan berani Pierer itu kelihatan seakan omong kosong tatkala KTM dianggap pasukan lemah di kelas premier MotoGP.

Namun, setelah tiga tahun berlalu, kenyataan Pierer itu nyata ada benarnya apabila Brad Binder mendukung Red Bull KTM dengan kemenangan sulung di Brno bagi musim 2020.

Sumber: MotoGP @ Twitter: Brad Binder di GP Republik Czech

Tahun 2017 merupakan tahun pertama KTM Factory Racing membuat penampilan di MotoGP dengan GP Qatar menjadi saksi pertama.

Bagaimanapun, pelumba KTM, Pol Espargaro dan Bradley Smith ketika itu gagal mengutip sebarang mata apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 dan 17.

Pol Espargaro dan Bradley Smith

KTM kemudiannya mengutip mata pertama dalam kelas premier dalam pusingan kedua apabila menamatkan aksi di tempat ke-14 dan 15.

Espargaro – selaku pelumba tonggak – kemudiannya terus mempamerkan keputusan memberangsakan bersama jentera RC16 apabila mendapat tempat ke-12 di GP Perancis sebelum naik satu kedudukan di akhir perlumbaan GP Dutch pada tahun sama.

Pelumba itu terus meraih mata penting di GP Republik Czech dan GP Australia apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.

Prestasi KTM terus dipertingkat dengan Espargaro mengutip mata dalam tujuh pusingan berturut-turut bagi musim 2018.

Kemudian di GP Sepanyol, KTM mengumumkan Johann Zarco sebagai pelumba baharu menggantikan Smith bagi musim 2019 namun gandingan itu seakan tidak menjadi dengan Zarco umum menamatkan kontrak bersama pasukan Austria itu ketika musim 2019 masih lagi berlangsung.

Johann Zarco

Brad Binder, yang sepatutnya sertai pasukan satelit KTM di Tech3 dinaik pangkat ke KTM Factory Racing mengisi slot ditinggalkan Zarco dan keputusan itu ternyata tepat buat KTM yang kini menempatkan diri mereka di kalangan sang juara di Brno.

Senario itu sekaligus merealisasikan objektif yang disasarakan Pierer tiga tahun sebelum itu.

Projek KTM yang didedahkan menelan belanja lebih EUR30 juta (RM148 juta) setahun kini mula menampakkan hasilnya.

CEO KTM, Stefan Pierer

Menurut Pierer, penyertaan KTM di MotoGP bertujuan membuktikan kemampuan jenama itu dipentas tertinggi.

“Dari sudut kewangan, logistik dan teknologi, MotoGP merupakan puncak perlumbaan motosikal. Ia merupakan Formula 1 bagi sukan dua roda.

“Tetapi projek ini memerlukan kesabaran, sasaran kami jelas, kami mempunyai kontrak lima tahun bersama Dorna tetapi kami mahu hampiri podium dalam tempoh tiga tahun.

“Selain daripada berlumba, kami juga mahu menewaskan dominasi pengeluar motosikal Jepun,” kata Pierer, tiga tahun lalu.

Itulah yang ditonjolkan KTM di Litar Masaryk, apabila Binder memintas dua jentera Yamaha untuk muncul juara, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, tatkala pengeluar lain menggunakan kerangka aluminium, KTM terus cekal dengan kerangka steel trellis yang dianggap berat dan tidak relevan untuk bertanding di kelas premier, dakwaan yang sekali lagi berjaya disangkal Pierer berdasarkan pengalaman di rali Dakar.

KTM RC16

“Penggunaan rangka steel trellis adalah punca utama KTM mendominasi sukan Supercross (5 kejuaraan) dan rali Dakar (18 kejuaraan).

“Kami mungkin memerlukan 10 tahun untuk berjaya tetapi saya yakin kami akan mendominasi MotoGP satu hari nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dibuat tahun lalu.

Mungkin ada yang berpendapat kemenangan KTM di Brno adalah satu kebetulan ditambah dengan ketiadaan pertahan juara, Marc Marquez namun hakikatnya, semua itu merupakan usaha bertahun-tahun yang telah menelan belanja lebih ratusan juta setakat ini.

Apa yang dipertontonkan ketika ini adalah secebis daripada kemampuan sebenar KTM yang akan ditonjolkan sepenuhnya dalam tahun akan datang.

Jika melihat kepada trend masa kini, segmen motosikal 200cc semakin mendapat tempat temasuk di Malaysia.

Modenas Pulsar NS200/RS200, KTM Duke/RC 200, GPX Gentleman 200 dan TVS Apache 200 merupakan antara jentera yang popular disini namun sayangnya tiada pengeluar Jepun – Honda dan Yamaha – yang menawarkan model segmen 200cc tersebut.

Modenas Pulsar NS200

Berbeza kisahnya di China apabila Honda memasarkan CBF190R, sebuah motosikal naked sport.

Menurut laporan, Honda bakal memperkenalkan CBF190R di luar pasaran China apabila telah pun memfailkan paten di India sekaligus menandakan kemasukan model itu kelak.

Honda CBF190R didatangkan dengan enjin 184cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menawarkan 16.6 hp dan 16.3 Nm.

KTM Duke 200

Ketika ini tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia namun sekiranya perkara itu berlaku Honda perlu meningkatkan sesaran enjin ke sekitar 200cc tatkala Pulsar NS200/RS200 menawarkan kuasa lebih tinggi, 24.5hp sementara Duke 200, 25hp.

Bukan itu sahaja, Pulsar NS200/RS200 serta Duke 200 turut didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) secara standard.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube