Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar aksesori yang terkenal dengan kotak simpanan motosikal, GIVI telah melancarkan model ‘top case’ baharu, B42N Antartica, hari ini.

GIVI turut melakar sejarah baharu apabila melancarkan produk ini menerusi siaran strim langsung di Facebook GIVI Malaysia.

GIVI Antartica didatangkan dengan reka bentuk baharu yang lebih dinamik hasil penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh.

Elemen primastik dengan keupayaan reflektif di empat penjuru menjadikan model ini antara yang menawarkan ciri kebolehnampakan yang tinggi ketika berada di jalan raya.

Menawarkan kapasiti 42 liter, model ini menawarkan ruang yang lebih besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet ‘open face’ atau satu helmet jenis modular.

Sebagai ciri keselamatan, B42N Antartica ini juga dilengkapi sistem micro 3 locking yang kini lebih efisien dan selamat.

Model ini mengguna pakai bahan Polypropylene (PP) kelas tertinggi dengan gabungan teknik ‘injection’ bagi memastikan model ini kekal kukuh seperti yang terdapat pada ‘top case’ lain.

Orang ramai boleh mula mendapatkan B42N Antartica ini di GIVI Point seleuruh negara bermula Ogos ini dengan harga RM420 sahaja.

Pada 2018, Andre Sousa melakar rekod dunia apabila menjadi manusia pertama berjaya merentas benua Amerika Selatan terpantas menggunakan motosikal kecil.

Sousa kini menyasarkan rekod dunia yang lebih besar, tekad merentas seluruh dunia.

Dia telah pun memulakan perjalanan pada 12 Julai lalu dengan pengembaraan baharu itu bakal mengambil masa 2 tahun dan 59,545 kilometer merentas 50 negara.

Menariknya, dia bakal melakukan rekod ini menggunakan motosikal 125cc, Honda Monkey.

Bagaimanapun, motosikal itu telah pun dipasang dengan beberapa ciri bagi memudahkan dirinya membawa barangan di samping pemasangan lampu ekstra dan ekzos baharu.

Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan Sousa, boleh layari laman sesawang dan akaun media sosial Ride That Monkey.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Honda Malaysia telah membuka pusat 3S baharu oleh Elmina Motors Sdn Bhd di Shah Alam.

Ini merupakan pusat 3S Honda yang ke-28 bagi daerah Tengah yang dijamin akan memenuhi kehendak pelanggan di kawasan sekitar bagi servis selepas jualan dan pelanggan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan kejayaan pembukaan pusat 3S ini disumbang oleh para petugas barisan hadapan yang berjaya mengawal pandemik Covid-19.

“Petugas barisan hadapan telah berjaya mengawal penularan Covid-19. Pengorbanan mereka telah membawa kita ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pada masa sama, kami akan memastikan pembukaan pusat 3S ini akan membantu menjana ekonomi negara di samping memastikan SOP ketak dipatuhi,” jelasnya.

Menerusi tawaran baharu ini, orang ramai juga boleh memandu uji model Honda termasuk tiga model baharu yang dilancarkan tahun ini, Accord, Civic dan BR-V.

Elmina Motors telah membelanjakan lebih RM21.8 juta bagi membangunkan pusat 3S baharu ini yang mempunyai keluasan sekitar 85,377 kaki persegi.

Pusat ini juga menawarkan 20 tempat letak kereta yang merangkumi 12 tempat servis, empat tapak baik pulih biasa dan dua tapak servis tayar.

Pelanggan juga boleh nikmati WIFI, tempat duduk selesa, Kids Corner dan makan serta minuman percuma di samping beberapa servis lain antaranya, cuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan insurans.

Pengeluar motosikal di China semakin rancak memperkenalkan beberapa jentera baharu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Baru-baru ini, Benelli menayangkan beberapa model dibina Zhejiang Qianjiang di China antaranya QJ SRK600 dan QJ1200.

Pasaran motosikal China akan terus rancak apabila Benda Motorcycle, pengeluar motosikal negara itu bakal memperkenalkan crusier 700cc menerusi BD700.

Perkara itu disahkan menerusi paten baharu yang difailkan syarikat motosikal terbabit.

Jentera ini dianggap sebagai revolusi baharu motosikal jenama China tatkala rata-rata jenama lain menggunakan enjin ‘twin-cylinder’ (silinder berkembar), BD700 didatangkan dengan enjin empat-inline – ketika ini hanya ditawarkan motosikal 600cc daripada Benelli.

Berdasarkan paten yang difailkan, saluran ekzos ditempatkan di bahagian bawah sementara radiator besar berada di belakang tayar depan.

Sementara itu, rekaan keseluruhan tampak seakan diinspirasikan daripada Ducati Diavel dengan kedudukan ‘handle bar’ menawarkan tunggangan yang selesa.

Menarik untuk menyaksikan rupa sebenar jentera ini sebaik dihasilkan dalam masa terdekat.

Meskipun Honda Forza 300 tidak popular di Malaysia atas faktor perlu memiliki lesen B (full), skuter maxi itu memiliki daya tarikan tersendiri di benua lain.

Apatah lagi kemas kini terbaru Forza 300 menawarkan Honda Selectable Torque Control, ciri penting bagi skuter dengan CVT.

Kini, Honda Thailand telah berkongsi video ‘teaser’ yang memaparkan Forza 350!

Seorang pengguna Facebook, Freeman Rider turut mendedahkan risalah yang memaparkan rupa jelas model yang dinaik taraf ke 350cc itu yang dijangka akan dilancarkan pada 2021.

Difahamkan, enjin baharu 329.6cc itu akan menggantikan versi sedia ada, 279cc yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia.

Antara ciri lain yang ditawarkan pada Forza 350 adalah seperti berikut:

  • penghadang angin boleh laras
  • lampu isyarat berhenti kecemasan
  • lampu LED
  • ABS dwi-saluran
  • Honda SMART key
  • Honda SMART controller
  • pengecas USB

Sementara itu, pasaran Thailand akan mendapat empat warna pilihan, hitam, putih/biru, merah/hitam dan biru/hitam.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Selepas berbulan kejohanan sukan permotoran di Malaysia ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saingan Cub Prix 2020 kembali membuka tirai pada 17 dan 18 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Berikut kalendar Cub Prix bagi musim 2020:

Bagaimanapun, pembukaan tirai musim 2020 kali ini hanya melibatkan pelumba dan pihak yang terlibat dengan tiada penonton dibenarkan untuk hadir selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube